be the FOLLOWER okayy friends ? :)

Thursday, February 7, 2013

Allah maha adil. Terima kasih ya Allah :')

Assalamualaikum  :) ye ye, aku tahu. Memang dah lama aku tak update post. Tapi tak kisahlah kan, aku tengah update lah nii. HAHA :D Sejak dari last aku update, aku tak ingat bila, macam-macam masalah yang jadi kat aku. Sebab tu takda masa nak update kajadah nii. Sebelum nii aku ada update pasal ' LELAKI ' tu kan ? Yang aku sayang sangat-sangat tuu kan ? Haaaa dah clash dahh -..-' 3 tahun aku dengan dia, burn macamtu jee -..-' Kasih sayang yang kononnya sampai mati, melayang macamtu jee -..-' Ahhh lantak p lah. kisah pulak -..-' Hm kitorang gaduh besar nii masa aku tengah ambik SPM. Physic, Chemistry, Addmath -..-' Kau tahu betapa stress aku masa tu ? -..-' Perghhh tak payah cakap. Tapi aku tak salahkan dia atas semua nii . . .

Ye, aku mengaku, dulu memang aku salah, aku tak hargai pengorbanan and kasih sayang dia. Aku panas baran, silap sikit, maki hamun yang keluar. Even salah aku, aku ego sentiasa. 3 tahun dia layan perangai kejam aku nii. Padahal dia sanggup buat apa je untuk aku. Dia lebihkan aku dari semua orang. Tapi aku tak nampak semua tu, buta hati, mata pun buta sampai tak nampak segala yang dia bagi kat aku. Sampailah satu masa, dia dah bosan dengan semua tuu . . . 

Aku dapat rasa perubahan dia. Memang dulu aku selalu minta clash, walaupun hati tak rela, tapi ego menggunung. Sangat bodoh :( Aku cuma fikir kali nii dia tetap akan pujuk aku, tapi aku silap. Perubahan yang sangat ketara. Dia merelakan perpisahan. *cewahh -_-'* Hm tapi aku tetap ego kan diri. Aku tahu dia tak sanggup, tapi dia kuatkan jugak diri and hati untuk teruskan clash. Dia pikir diri sendiri yang dah tak tahan dengan sikap bodoh aku selama nii. Walaupun dah macam nii, aku tetap tak sedar akan kesilapan aku sendiri . . . 

Makin lama dia makin senyap, cari kehidupan sendiri, selalu dengan kawan-kawan, enjoy. Aku tahu memang susah untuk dia, tapi dia terus cuba and cuba untuk hidup tanpa aku. And semakin lama jugak, aku mula sedar, semua ni berpunca dari salah aku sendiri. Aku cuba fikirkan jalan terbaik untuk buat dia terima aku semula sebagai couple macam dulu. Macam-macam aku pujuk dia, tapi . . .  semua langsung tak berjaya. hati dia dah sekeras batu, egonya lebih tinggi dari gunung. </3

Masa tu tak ada apa dalam otak aku, cuma dia dia and dia. Makan tak lalu, mood semua hilang, duduk dalam bilik 24jam, dengan semua orang aku tak bercakap, berat aku turun 2kg, aku menangis bila pikirkan dia tinggalkan aku. Stress gila. Memang aku tak boleh buat apa time tu. Sedih sangat-sangat. Termenung dengan harapan dia akan balik kat aku macam dulu. tapi semua tu tinggal harapan je. Seminggu aku hidup tak tentu arah . . . 

Pernah kita orang cuba sambung semula, tapi semua sia-sia. Dia bukan yang dulu lagi. Aku bukan orang yang dia sayang lagi. Kita orang pisah cara baik. Walaupun masing-masing tak sanggup, tapi dia dah tak boleh terima aku lagi. So sejak tu aku cuba bangun sendiri, terima takdir nii walaupun payah, aku mula sedar, tak guna frust menonggeng. Aku kena kuat untuk hadapi. Aku tahu Allah sedang uji. Alhamdulillah, aku mampu bangun semula. Buang semua stress, terima dengan hati terbuka . . . :) 

Tapi, masa aku dah boleh survive tanpa dia, Allah tak uji sampai situ je. Masa aku tengah minta maaf and pujuk dia, dia mengaku dia ada perempuan lain. Ya Allah, betapa sakit aku nak hadapi masa tu. Tapi aku tak tunjuk kat dia, aku senyum terpaksa. Dengan air mata disebaliknya. *sekali lagi, cewahhhh -_-' * Hm puas aku pujuk hati aku waktu tu, untuk terima yang dia dah ada perempuan lain. Aku terkilan sebab dia kata dia takkan couple dengan perempuan lain selepas aku. Hm hancur hati aku waktu tu. :'( Tuhan je tahu. Dekat rumah, aku tak buat apa-apa, cuma dekatkan diri dengan Allah sentiasa, sampai aku tidur. Waktu selebihnya aku keluar dengan kawan. Sekali lagi, aku cuba kuat kan diri, aku tahu ini dugaan dari Allah . . . :(

Tak lama lepastu, dia cari aku balik. Dia massage aku, kata rindu :') Aku happy sangat-sangat waktu tu. Terlalu happy. Dia kata dia tak pernah couple dengan perempuan tu, tak pernah terfikir pun. katanya. aku taktahu nak cakap apa, tapi aku percaya je . . .  :(

Hm tapi Allah tu maha bijaksana, DIA aturkan, kejap dia cari aku, kejap dia senyap. Then cari aku balik, lepastu senyap. Macam tulahh seterusnya -..-' Besarnya dugaan-MU ya Allah :( Dia buat aku macam benda, at last, aku pasrah, tak rela nak dipermainkan lagi. So aku cakap dengan dia, jangan cari aku lagi. Aku bukan benda yang dia boleh guna bila-bila dia nak.  Sekali lagi aku kuatkan hati untuk lepaskan semua nii . . .

Memang aku terlalu rindukan dia, aku keraskan hati untuk tak reply massage yang dia hantar, tapi tak boleh. Aku mesti reply. Aku terlalu sayangkan dia. Sampailah one day, dia kata dia betul-betul nak couple dengan aku balik. Aku susah nak terima sejak dia mempermainkan aku haritu. Aku takut lepasnii dia senyap. Hmmmmm :( Sekali lagi dugaan Allah bukan sampai situ je. Dia kata dengan aku, boleh couple, tapi dia playboy, aku boleh terima ke ? Sumpah aku terkejut. Seorang yang setia dengan aku selama nii, tak layan mana-mana perempuan selain aku, jadi PLAYBOY ? Hm mulut kata boleh, hati kata of course tak. Hmm :( Aku tetap kuatkan hati . . . 

Tapi lama-lama aku sedar, takkan aku nak couple dengan playboy kan. So aku fikir, baik tak payah. Dari aku menyakitkan hati sendiri. Hm dengan berat hati sekali lagi aku lepaskan semua nii. Aku tahu Allah ada. Aku dah usaha, tapi tak menjadi. Siapa aku untuk kata TAK dengan ketentuan Allah. So aku redha. Lepastu aku terus senyap. Tanpa kata apa-apa lagi . . . 

Tak sanggup dah rasanya nak hadapi dugaan seterusnya,. Cukuplah sampai situ. Aku dah penat merayu-rayu. Aku sedar, ini semua salah aku, jadi aku pasrah jelah kalau nii jadinya. Dengan semua dugaan ni, buat aku lebih dekat dengan Allah. Aku bukanlah seorang yag perfect, ada juga jahatnya. Cuma sekarang aku percaya akan kuasa Allah. Kalau DIA kata jadi, maka jadi lahh. Tak ada siapa yang boleh halang . . .

Ini semua pengalaman, pengalaman yang mengajar aku sesuatu. Iaitu, hargailah orang yang mencintai kita sepenuh hati sebelum dia pergi tinggalkan kita. Dugaan nii mendorong aku untuk menjadi lebih baik terhadap pasangan aku akan datang. InsyAllah. tapi aku still  harapkan dia sorang. Alahaiii :3 Sekarang baru aku tahu, betapa sebenarnya aku terlalu sayangkan dia . . . 

So moral of the story :) Hargailah orang yang mencintai kita. :) Kalau Allah turunkan masalah, dugaan, ujian, carilah salah kita dulu. Mana silap kita sebelum nii. Allah sedang menguji :) Seterusnya, jangan mengalah. Allah bagi dugaan, DIA tahu kita mampu. Put your trust on HIM, insyAllah akan jumpa hikmahnya :) Selain itu, teruskan usaha jika kita rasa itu yang terbaik. Doa. InsyAllah, Allah takkan sia-siakan usaha sungguh-sungguh kita. Dan berserah pada-NYA :) SABAR adalah benda yang paling berharga. :) Kemudian, sekarang aku percaya, hidup ni ada karma. Mula-mula kita buat orang, kita rasa benda tu takkan jadi kat kita. tapi sebenarnya kita salah, Allah bayar cash. Lambat laun, benda tu akan berbalik pada kita. Allah maha adil ! Akhir sekali, SOLAT lahh. Dengan solat kita berhubung dengan Allah. kita mengadu pada Allah tentang isi hati kita. Allah sentiasa mendengar. Mengadulah, merayulah, menangislah depan Allah tentang masalah kita. Allah dengar. Hati akan tenang. Percayalah :) Allah sentiasa ada. Ingatlah Allah walau dimana kita berada. Semua yang telah, sedang dan akan terjadi adalah ketentuan-Nya. Subhanallah. Assalamualaikum :)

Monday, July 16, 2012

Him :)



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Cewahhhh, haha. Dah macam YB pulokkk dohh. :P Okay, first of all, aku nak bagitahu, sorry sebab gambar nii pecah kabur dibahagi empat berwarna warni dan buruk. Saja je edit macam bangang nii. aku pun taktahu kenapa. :\ Lupakan. Keduanya aku nak bagitahu, nampak tak kat gambar tu aku lagi comel lagi sweet lagi handsome dari dia ? Nampak tak nampak takkk ? HAHA ;D Tipulah tak nampak. Tengok gigi lahh kan siapa lagi besar, comel and tersusun. haha. Okay, ketiganya aku nak bagitahu, time nii dekat tempat yang kita orang selalu lepak. Ok tak boleh bagitahu lahh. Lagipun bukannya best benooo tempat nii. Hanjing cibai je ada. tapi dia tak kacau, sebab terikat dalam rumah orang. Lepastu aku nak bagitahu, nama lelaki yang tak handsome lagi tak comel kat atas nie, Hafiz Anwar :) Tinggi sial. Jealous makkkk. Okay , He is my boyfriend. Upss, my special boyfriend ^^, Seorang yang sangat sangat sangat baik gila babi. Bagi aku lahhh. hm aku rasa belum pernah lagi ada benda yang dia tak sanggup buat untuk aku. *selagi permintaan aku make sense lahh* Semua dia sanggup. Untung sial siapa dapat dia. hm bukan nak belagak ah kan, tapi tengok orang lahhhhh. HAHA :D  Aku sayang dia wehh, aku taktahu nak cakap macam mana and tak tahu nak tunjuk macam mana. Tuhan jee tahu. Hm kalau ikut time aku tengah taip blog nii, kita orang dah tiga tahun sebulan. Wah wah, rekod baru nii woii kalau compare couple sebelum nie ;) Lama kan ? kan ? kau hado ? haha. Tapi aku masukkan sekali time kita orang clash tuu. Malas nak tolak ah. Sebulan ke dua bulan tah kita orang clash. Lupa dah. malas nak ingat. Biasalah, kalau tak gaduh, mana nak kenal erti rindu. cewahhh. HAHA. :D Tak gaduh pun aku rindu jugakk :P Tak kisah lahh. Hope kita orang kekal  ah sampai bebila. Tengok gambar tuuuu, sweet couple kan? kan? cewahhh. haha. ngaku jelahh memang nak cakap kita orang sweet couple. Haha :D Kidding. By the way, my mama tahu kita orang berpacaran. haha. Hafiz yang tak handsome nii sendiri pergi jumpa mak aku. hahhhh, laki kau hado ? laki kau hado gentle cam laki den ? 'O' haahahahahaaa. Dia selalu text mak aku doh. Amboiiiiii, nak hambik hati pun agok agok lerrrr. Hati aku pulok yang terguris. Haha. Apa apa lah. janji dia memang ikhlas. :) Haritu time anniversary kitorang yang ke tiga tahun dio bagi den cincin. Dalam tu ado namo eh. Cincin tunang koba ehh. Haha tunang pun tunang lahhhh. Janji rock. >.< Kek cincin dio pulak ado namo den. Handa eh. Den bagi dio jam bangang yooo. Sabar jolahh. >,< Haha oklah. Aku nak p kejut dia. Tidur tak ingat dunia. Haha okay, nanti aku rajin aku taip lah lagi kayy. Bobye. :)

Friday, December 9, 2011

Cerita Ceriti Ceritu ;)

Assalamualaikum everyone :) dah lama aku tak updated belog kan, kann ? Cuba try tengok, ehh cuba dengan try samalaa dol. HAHA. okay, try tengok date kat post bawah tu, bezaman kan aku tak update belog yang dah busuk nie ? HAHA, whatever lah. Aku ada sebab kenapa tak update. First sebab tak ada masa, second sebab laptop rosak, third of course, tak ada apa nak dicerita. HAHA. Kau tahu tak sekarang aku pinjam laptop orang ? HAHA. sumpah sakai, dah dia baik hati sangat nak bagi aku pinjam sehari dua, apa lagi. rezeki depan mata, takkan nak tolak :) Thats why laa ada laptop nie, update blog laa jap. HAHA. Then, pasal tak ada masa tuu, bukan apa. Korang tahu tak, dulu aku lagi malas nak update blog, sebab ? Aku asyik layan facebook je, sampai bloggy aku nie semak ouh. Now korang tahu apa jadi ? Ada orang tibai password facebook aku. Katanya, dia jealous aku layan sesapa kat facebook tu. Alah, biasa la orang hot, mesti kena usha. hahahahahahaha. :D Haprak punya orang. Tahu la kau tak hot kat facebook, nak tibai password aku yang hot nie pulak. Dah tuu, sapa nak layan fans fans aku kat muka buku tuhh ? HAHA, perasan. kidding ah. Chill ;) Dah dia pegang password aku, takkan aku nak let go je, aku pun tukar la password dia jugak. Tapi tuu laa, dia bukan hot kat facebook pun, hot kat luar je. So dia tak heran pun aku pegang facebook dia. Tak guna punya jantan. Hehe, dia baca nie, mampus aku. P lantak aa ;p Hehe, okaylaa. Aku mengantuklaa actually. Aku update nie pun sebelum aku kena pulang kan laptop anak orang nie. Tak apa lahh, nanti aku pinjam lagi, aku update lagi. HAHAHA, kbye :)

Saturday, September 24, 2011

Lupa kawan ?

Assalamualaikum ! Kum apa kombat. Bat apa batman. Man apa mentol. Tol apa tol sungai besi. Hahaha. Okayy dahh. Hye all :D lama kita tak jumpa kenn kennn ? Rinduwwwww itew takkk ? Hikhikk. :p okayy. Kita kembali pada tajuk utama ya anak anak ? :p LUPA KAWAN ? Haa, memang sesuai title nie untuk beberapa kawan saya nie. *jumlahtakkandinyatakan* hmm, kenapa aku cakap dorang macamnie ? Entahlah. Memang ye pun bagi aku dorang lupa kawan. Dorang lupa aku ! Dorang lupa yang dorang ada kawan nama Syazana. Kenapa ? Dorang tak pikir ke sakit hati aku ? Dorang tak rasa ke macam mana dilupakan kawan baik ? Aarrgghhhh ! Tension gilabapak ! Okay aku nak mencarut jap . Bodoh betul la kawan kawan kawan aku tuuu. Anjing. Hadap sangat la aku nak kawan dengan kau woii. Puiii puiiiiii dekat muka korang. Even kau tak rasa, takpe la kan. Aku ludah jugak aa. Ludah angin. Haha. Kau pikir kau hotstuff sangat ke ? Banyak sgt la laki nak kat korang tuu. Ahhhhhh, mentang mentang aku nie setia, tak boleh carik lain. Kau ada ? Tahula kau jealous. Hahaha. Blahlaa. Apa guna aku kawan dengan korang kalau banyak benda yang korang share sama sama, tak share dengan aku. Aku manala penting kat korang kan. Bestfriend tak gunapun. Malas aku nak gaduh, bising2 dekat korang. P lantak laa. Kau nak kata aku lebih kan boyf aku ? Please laaa, sedar diri. Aku terpaksa lebih kan dia dari korang sebab korang lebih kan diri sendiri, i mean, lebih banyak bersama without aku. Okay, berbelit. Paham2 sendiri la. Malas nak repeat. Ahhhh, dah laaa. Buang masa aku taip post pasal korang. P lantak aa korang. Hakktuiiiii ! Air liur berbuih, pekej dengan kahak hijau aku bagii ! Hahahaha, padan. 3:) tu lahh, hadiah untuk orang lupa kawan ! Terimakasih .

Tuesday, August 23, 2011

tak sabar nak raya ;)

Haaaaaaiiiiiiiiiii ! ;D Okayy, nampak tak muka aku excited gila bapak nie ? HAHA, nak raya dahhhhh ! Yeay Yeayy ! itewww shukewww, iteww shukewww ! HAHA, gedik ahh. Tadi en ennn, kita beli baju raya :) Sukanya sukanyaaa :) Kita beli dekat Bukit Bintang, sumpah wa cakap woii, rabunm ayam gua nak beli baju, tak tahu nak pilih yang mana. Semua lawa shial ! Tengok harga lahh, pun shial jugak. HAHA, dapat jugakla aku Jeans rm80. Awwhhh, belagak jap. HAHA ;) Aku takla bali baju banyak mana, dua helai je. Harga je malambung, karang mak aku kata tamak pulak kenn. hihi. Cukupla dua kan, nak banyak2 buat apa. Semak almari je. Nanti uwan aku kata almari aku macam sarang tikus kena tinggal. Tak berkemas. HAHA, watlek laa uwan. Remaja. HAHA, takde ah. ;P Okayy, ekceli aku rasa raya tahun nie tak meriah ouhh. Korang rasa tak ? rasa takkkk ??? Entah ah, macam boring dohh. Mercun pun aku tak ada. Tahun lepas banyak mercun kat tangan aku wehh. HAHA. #sedarla kau dah form4 woii ;) HAHA, okayy, aku taknak cerita banyak, bukan ada sapa baca pun. Kan ? HAHA. Okay, dah form 4 nie, aku tetap harap duit raya aku melimpah. HAHAHA, kejam. Tak sabar nak tunggu 1st day raya kan ? eeeeeee, best nyewwwww kumpul sesedara reramai :)  Tak sabar tak sabar. Okayy, dah habis cerita aku :) Padan muka siapa baca post nie, kan dah tak best. HAHA ByeBye.

Saturday, August 13, 2011

4 IBNU KHALDUN THE BEST ! ;)

Hi and assalamualaikummmmm ;) Ekceli aku dah tak ada idea nak buat post pasal apa, tapi tetiba aku teringat pasal hari Khamis harituuuu. Awwhh ;) Syiookk habis laa lepaking dengan budak-2 kelas aku, sekali dengan Cikgu nazrin. Haha. Jap japppp, Satu peringatan untuk kau yang baca , Kitorang budak LK>Lukisan Kejuruteraan. Jangan pikir subjek tuu senang tahap gaban woiii, susah tuuu, pakai formula addmath. Kau apa tahuu ? Haha, tak. Tipu jee ;P Nanti satu hari, future house korang , kitorang yang buat pelan dia. Roboh tak roboh nanti pi lantak. HAHA, k diam -.-

Dah lari dari tajuk pulokkk. K, mana kita tadii ? Haaa, hari Khamis harituu, kitorang 1 kelas buka puasa sama sama dengan Cikgu BM, Cikgu Nazrin :) Makan sendiri2 jo, banyak pulak duit Nazrin tuu nak payung semuaa. Haha. Aku laa orang paling last sampai, segan woiii. Semua dah tunggu, tinggal nak makan je. HAHA, dulikk ah. Kayy2, time tengah sedap bersantap tuu ennnn, kau tahu apa jadii ? HAHAHAHA, #gelaksetan ;) Ketua kelas aku, AJI, jatuh kerusi. HAHA, aku tak tahu laa apa pasal dia boleh jatuhh. Sebab dia 5 kali ganda badan aku kottt. HAHA, Aji.... Aku bukan nak kutuk kauuu woii, cuma takboleh tahan lahh aku tengok kauuu ;) Chill aji, chillllll :) Haha, then kitorang snap gambar reramai. Sporting habis laa korang. Buat aku jadi sayang pulakk. haha. Ada sorang member nie, tak sudah2 nak snap picture dengan akuu. Berkali2 snap asyik tak jadii. Dia lelaki, okayy lahh buat muka macam mana punn. Muka aku nie haa, macam alien dohhh. Baling taik ayam je patut. Haha, apa lagi, aku buang ahh, buat apa simpan muka puaka macam tuu. Buat malu aku, orang tengok pun muntahh. HAHA. Lepastuu kan kann, kitorang pergi karoke. Cikgu, patutnya pergi masjid, tarawih. Haha, dulik ahh. Okayy, bilik VIP, paling besar sekali, 60 hengget woii. 1 jam setengah. Boleh tahan, mikrophone dia pun syiookkk. Suara aku jadi merdu gila nak matii. Haha, tak ahh. Suara aku serupa anjing kena pijak leher lepastu mintak tolong. Haha, merepek meraban. Kayy2, semua nyanyi ahh, tapi susah lahh, mike ada dua je. Pandai2 laa passing passing mike tuu lepas sorang sorang. Gilaa enjoy lahhh buka puasa dengan korang semua. Enjoy gilaa dapat hang out dengan korang. Moment yang best gila bapak. harap boleh buat lagii macamtuu :) Okayy, post meraban dah tamat. Sekiann :)

4B forever. ;)

Friday, August 12, 2011

Awaaakkkkkkkkkk ! 1 4 3 ! 1 4 3 ! bukan I LOVE YOU , tapi I HATE YOU ! Kenapa dengan awak nie ? awak dah berubah lahhh. Saya benci awak. saya nak awak yang duluuuuu ! Saya sayang awak dulu sekarang and bila2 punn. tapi kenapa awak sampai cakap awak tuuuuuttttuuuuttttt..... SUMPAH saya tak boleh terima . sampai hati awak ! Awak kata nak buat saya benci awak ? Saya boleh menangis tahu baca tuu semua !! Sampai hati awak hilang kan kepercayaan saya kat awak. Mana pergi sayang awak ? mana pergi cinta awakk ? Saya just nak awak yang dulu, susah ke awak nak tunai kan ? Ye, salah saya buat awak jadi macam sekarang. and tak patut pun saya mintak awak jadi itu ini. Tapi saya dah cuba berubah.  Lepas saya berubah sebab awak, awak pulak nak jadi macam saya. kenapa awak ? Awak tak suka ke saya berubah ? Tapi, itu yang awak mintak. Saya dah cuba buat untuk puas kan hati awak. Tapi awakkk ??? :'( Lepas saya cuba and cuba, saya percayakan awak 100% . Saya serahkan semua kat Tuhan samaada awak tipu saya atau takk. tapi kenapa awak rosak kan kepercayaan saya ? kenapa awakkk ? Awak kena tahuu, saya taknak putus dengan awak walau pun saya yang mintak, saya yang mulakan, saya ego. semua saya ! tapi kalau sampai awak buat kepercayaan saya hilang, saya tak boleh buat apa2. Saya tak boleh cakap apa2 dah. Cuma biarkan awak dengan hidup awak sendiri. Awak nak sambung belajar kan ? Semoga awak jumpa perempuan yang betul-2 menyayangi awak. :') Walaupun hati saya perit untuk terima awak dengan 'dia' . Saya doa kan awak berjaya dalam bidang awak, banyak duit mcm yang awak pernah janji dgn saya. cari kawan yang betul-2 kawan. Bukan mengajar awak buat itu ini. Malas nak taip panjang. Kalau laa awak bacaa...... Hmm, takpayah, kalau awak baca punnn, awak carik salah saya. Okayy byeeee